Saturday, December 1, 2018

Kepercayaan Bukan Benda yang Boleh Dijual Beli

Assalamualaikum ! :)

Haaa tu dia. Last update 1 Nov. Update lagi masa 1 Dec. So citerr dia sekarang ni nak update sebulan sekali ke cemana ? 👀 hahaha tak lah. Dia kalau nak update ni sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara which is mood, idea, environment and masa tu adalah sangat penting okey. Kalau salah satu niee takde, rasa macam nak update tapi nanti dulu la. Pastu lama-lama terus bersawang 😂 Mood tu dia saling berkait dengan idea. Tu yang tiba-tiba terhasil tajuk entry kemain panjang tu HAHA. Sebab mood tengah swing antara percaya dengan tak percaya. Masa lak sekarang nie sebab tengah cuti and balik rumah mama kejap. Esok dah balik UPM semula. Omg how time flies 😟

...

Wait. Tak tahu nak mula dari mana nie. Hmmm think think think 🙇

...

Korang, ade tak benda yang dalam hidup korang benda yang paling susah kau nak bagi dekat orang yang kau baru kenal ? Of course banyak benda kan. Your love, your pride, your secret, your trust. Semua tu bole je bagiii tapi take time kan ? Orang yang kita dah lama kenal pun macam bagi tak bagi je. Ni kan pulak orang yang baru kenal. Banyak benda weh kena pikir, should or shouldn't.

Masa aku baru mula-mula kenal orang, aku jarang nak judge orang. Kalau judge pun antara dua benda ni. Sama ada dia garang or sombong. Lain-lain negative thinking aku rasa takde la. Tapi aku takde la terus macam tanak kawan sebab dah fikir macam tu. Bagi peluang la. Kenal orang tu dulu macam mana. Kalau rasa tak boleh nak in, slowly blah. Stop. Tak payah nak buat perangai talam dua muka. Tak suka tapi acah-acah suka. Bukan nak berlagakkkk. Kalau berlagak, takde la kau bagi peluang nak kenal dia tu sejenis yang macam mana. Aku buat ceni pun sebab tanak sakit hati di kemudian hari 🙆

Tapiiiii dah berjaga-jaga pun, still melekat jugak sorang dua malaun yang kita nak elak tapi dapat 😪 lagi sakit kan kalau kita dah bagi dia peluang, pastu kita teruskan kawan dengan dia sebab kita percaya dia bukan antara ciri-ciri manusia yang kita nak elakkan, but the end rupanya dia sama je macam orangg lain. Padahal kita dah start rapat dengan dia kotttt 😭

Ni aku nak sentuh sikit pasal percaya dalam hubungan jarak jauh or long distance relationship (LDR). Allahu. Betapa susahnya nak elakkan diri ni dari syak wasangka, dari risau yang keterluan, dari fikir yang berlebihan. Susah la kalau dalam hubungan tak percaya dekat pasangan. Sebab jauh kan. Tak nampak apa dia buat depan mata, tak kenal sape kawan-kawan dia. Kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, kita terpaksa la macam haa okey. Buat lah, jaga diri baik-baik. Padahal dalam hati tu, ishh ye ke dia nak tidur ni. Ye ke dia kata dia nak teman mak dia ni. Ye ke dia kata nak lepak dengan kawan laki dia 😔

Bila dah banyak sangat fikir, pastu tanak serabut kita pun tanya dekat dia. Sound of YE KE tu macam annoying giler and tu yang buat gaduh. Sakitnya rasa time tu kan 💔 memang la rasa cemburu, risau tu semua tanda sayang. Tapi dia tak paham. Kalau la dia rasa apa kita rasa 😭 Kau tahu tak yang kepercayaan tu bukan satu benda yang boleh beli dekat pasar pagi mahu pun pasar malam ?! Why kau tak buat sesuatu untuk buat dia percaya dekat kau selain daripada nak bising-bising, nak kecoh-kecoh, nak marah-marah sebab dia tak paham kerja kau ? Kalau dia fikir bukan-bukan tu mesti ada sebab. Mesti ade benda yang kau buat and dia kecik hati. Tanya and talk to her. Jangan nak terus melenting sangat la beb. Bersyukur la sementara dia amik berat pasal kau. If one day dia lantak kan kau nak buat pape, then faham-faham la kat mana letak kau kat hati diaa. Jangan masa tu kau baru nak rindu dia punya bising, dia punya bebel pulak tau 😊

Macam mana susahnya nak bagi kepercayaan dekat seseorang, macam tu jugak la susahnya nak sembuhkan hati yang terluka. Flow dia macam nie eh. Korang jauh. Lepastu dia tanya tu sebab dia risaukan kau tapiiii tak pasal plak kena marahhh. Padahal kau tak pernahh buat pape yang boleh meyakinkan dia. Yang kau tahuu, marah marah marah ! 😏 cuba la kau bayang orang yang selama ni care pasal kau, tanya pasal kerja kau, tanya pasal kesihatan kau, tanya bila nampak kau badmood, pujuk kau walaupun hati dia banyak giler terluka dengan kau tiba-tiba dah tak buat semua tu. Adakah kau akan rasa lega atau rasa kehilangan ? Think. Sebab aku perempuan. So aku tahu bila perempuan tu sayang gile macam mana perangai dia. And masa dia dah tawar hati perangai dia macam mana.

Tak minta banyak pun nak suruh jaga hati ke apa, tapi kalau marah tu kawal la. Jangan nak terus melenting. Okey faham kau stress dengan kerja kau. Abis aku ni tak stress ke ? Aku pun ada stress aku jugak. Tapi ade ke aku lepas dekat kau ? Ade aku fikir pasal kau lagi ade la, padahal banyak lagi kot benda yang aku boleh buat 😂 tapi sebab aku sayang aku abaikan benda tu. At last aku pulak kena marah HAHAHAHA indahnya perasaan ini. Apa la guna hidup berpasangan kalau masing-masing buat kerja sendiri, tak boleh nak amik tahu pasal partner dia. Hmmm. Serupa hidup sorang kann 😄

Haaa ni aku update ni bukan pasal aku gaduh ngan balak aku ke apa tau. Otak tu jangan nak pikir jauh sangat hahaha. Saje je nak borak ngan uolls. Setakat ni aku percaya lagi la dekat dia. Tapi tak leh nak tipu jugak. Kengkadang tu aku fikir gak benda bukan-bukan. Tapi bila fikir dia selalu update dia buat apa, bila dah habis kerja spent time sama-sama, dp dia pun guna gambar aku, selalu update status pasal kejujuran dan kepercayaan dalam hubungan, bio ws pun combination birthday kiteorang, dia pun kadang-kadang cemburu bila call tetiba fon vibrate (kira dia sayang aku la tu 😝), pernah mintak nak share password FB, pernah discuss nk guna benda yang kita bole tahu chat dengan sape walaupun aku takde kat sebelah diaa, haaa tu yang buat aku lega. Buat aku buang balik benda yang bukan-bukan tu. So this is how yang aku cakap kena yakinkan pasangan kau. Kepercayaan tu tak mudah ehh nak bagi. Kena buat macam-macam baru leh dapat, tu pun bukan 100%. So kalau betul kau sayang, buktikan pada dia yang kau memang boleh dipercayai! Tapi bila dah dapat kepercayaan tu, jangan senang-senang pulak nak musnahkan. Susah kot nak dapat, bila dah dapat please hargai okey 🙏

"Trusting you is my decision, proving me right is your choice"

Salam 1 Dec. Manfaatkan bulan terakhir 2018 ni dengan baik. Sebab bila dah habis nanti, takde yang boleh ganti dah kenangan untuk tahun ni. 

Salam sayang untuk semua 💕

Thursday, November 1, 2018

Bab Tajuk Aku Memang Fail Okeee

Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Buat apa siang tadiii? Aku banyak tidur je weyh. Padahal assignment berlambak-lambak. Ni dah hari Khamis. Ahad karang aku dah balik UPM. Tapi satu kerja pun aku tak buat lagi . Macam mana ni weyyy. Member aku siap bercuti lagi dekat PD tapiii dia dah siapkan kerja. Ada jugak member aku yang balik kampung tapi sebabkan grup dia kampung yang sama, dorang gi buat group assignment. Ada jugak member aku yang pagi pagi buta tak reti nak tidur sebab nak siapkan kerja. Tu baru la "kehidupan dak dak 4 flat" abis aku niiiiii. Huwaaaaa 👉👈

Dah la group assignment aku asyik problem je. Yang subjek TITAS punya group, dahh terasa kena sound pastu sampai buat group baru. SUMPAH CHILDISH 😘 yang grup Kenegaraan Malaysia pulak aku tak buat lagii surat untuk buat kajian kat tempat tu. Tapi semua mende nak harap aku buat weyhhh. Proposal tahu nak taip je tapi segala isi nak campak kat aku sorang. Setakat nak tambah ayat selain itu, seterusnya, di samping itu baik takpayah la weyyyy. adik aku pun boleh tolong buatkan kalau macam tuu 👊 assignment Etnik pulak baru nak buat lapangan hari Selasa nie. Yeayy, merasa la jugak tengok sambutan Deepavali dekat Batu Caves sebab kajian kiteorang ada kaitan pasal tuu, hat nie aku tak banyak involve sangat sebab dorang niee lebih pandai and lebih serasi dengan prof tuu 😂 untuk subjek Pengantar Linguistik Am, aku rasa assignment individu je setakat ni. So yang tuu takde masalah. Haaa Penulisan Akademik, pasal kanak-kanak lembam (slow learner). Menarik. Tapi tak mula pape lagii. Adehh. Baru setakat carik jurnal je hahaha. Untuk LAX pulak, aku rasa tinggal lagi SATU video je yang nak kena buat and it's my turnnnn for editing! Rasa macam tak sanggup je nak tengok Parody yang kiteorang buat untuk lagu Michael Jackson tuu. Tapi we did our best so yeahh. 👌 Last but not least, Pengucapan Awam! Okeyy yang ni dah nampak dah progress dia, tinggal praktis untuk berucap dekat depan jee 😌

So dekat atas nieee 👆 korang dah nampak la kan betapa banyaknyaaaa kerja aku nak kena buat. Huhuhu. Dengar citee pertengahan bulan 11 nie jugak ada exam. WEYH YANG NI NAK BAGI AKU MATI STRESS KE APA. Hahaha aduhh. Aku budak baru lagi. Bagi la aku masa untuk biasakan semua niee. Kalau final year student baca aku punyaa entry nie, dorang mesti gelak tengok aku yang gelabah tak kena tempat nie haha 😅

Dah la wey panjang sangat entry ni. Yang benornya takde motif pun tapi saje nak hilangkan bosan. BOSAN KAU CAKAPPP KAU DAH KENAPA KERJA BANYAK PUN KAU CAKAP KAU BOSAN OHHH ADE PULAK MASA NAK BOSAN SEPATUTNYA TAKDE OKEY SEBAB MASA KAU TUU PATUT PENUH DENGAN KERJA YANG NAK KENA BUAT! NI KAU CAKAP KAU BOSANNNNN ? KERJA KAU DAH SETTLE KE HAAA ? TAK KANNN. TU KAU KATA KAU BOSAN ?!!

Ok tiber nak emo dah kenapa hahahahahahahaha 😒 okey dah dah gerakluu. Jaga diri yerrr korang! Salam sayang untuk semua 💕

Friday, October 26, 2018

Hello Blog and Bloggers

Assalamualaikum. Kabareee ?? Waras ?? Hahahaha tiberr keluar bahasa Jawa 😅 

Weyyy lama gilerr tak update beloggg. Dah makan bulan yerr. So memang banyak benda yang dah berlaku tapi tidak dicatatkan. Hukhuk 😭 Okey pendekkan cerita jelahh ye. Aku sekarang nie tengah amik Bacelor of Bahasa Melayu dan Linguistik dekat UPM, Serdang. Baru je masuk. 20 September aku daftar lepastu sekarangg ni dah cuti mid sem. Hahahahaha masa niee terbang pakai jet ke apa? Laju bebeno. Cuti seminggu jee hehe tapi banyak nak matikk benda kena settle. 

Plus, aku sebenarnya amik Degree dekat UMT sebelum ni. But aku bukan alumni UMT yerr sebab 3 September aku daftar lepastu 17hb aku dah berhenti belajar. Hahaha 😂 nie namanya graduate paling cepat. Kenapa ?? Ehh nooo bukan aku kena buang okey. Tapi aku yang berhenti. Nak cite pun macam panjang sangat. Hmmm jap nak ringkaskan macam mana ek. Ermm okey ni pun dah panjang dok erm sana erm sini hahahaha.

Okey macam ni. Lepas 8 bulan aku cuti after STPM, aku dapat tawaran sambung Degree dekat UMT, Terengganu. Masa tu memang aku amik jelah walaupun kos yang aku dapat tu tah ape benda tah. HAHA. Aku dapat kos POSESO. Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial). KALAU AKU TAK SILAP LAAA. Sebab kos aku tuu panjang sangat and aku memang tak ingat sampai sekarang hahaha. Masa aku apply UPU, aku banyak mintak bahagian Kaunseling, Psikologi, dengan Human Resource. Sebab aku memang minat gilerrrr dekat 3 mende ni. 




I heart POSESO 💞





Masa apply tu aku harap sangat aku dapat dekat UUM, Sintok Kedah ataupun UMK, Kelantan. Sebab kalau tak silap aku dekat UUM tu dia sekalikan kaunseling dengan psikologi. So memang macam kau dapat rezeki dua kali ganda arr. Yang dekat UMK tu aku tak ingat kenapa aku nak hehe. Tapi ada kaitan dengan kos yang aku minat jugak la. Masa nak cek UPU tu aku dah cakap dah, tak kisah la jauh mana pun aku dapat, aku still akan pergi. Sebab atuk aku cakap kalau tak dapat UPU dia suruh aku kahwin je, takpun jadik bibik dekat rumah dia. Yesss, dia yang mention suruh aku jadik bibik okey. Bukan suruh tolong tengokkan dia ngan nenek ke apa, tapi mintak aku jadik orang gaji pulak. So apa perasaan kau kalau pada pandangan atuk kau sendiri jadik macam tu? Nampak sangat dia tak yakin dengan kau enn. But Alhamdulillah aku dapat buktikan dekat dia, bukan setakat satu U aku dapat tapi 2. Memang tak banyak TAPI STILL ADA 😇

Bila check dapat UMT. Jauh weyh Terengganu dengan Serdang. Aku cakap kat family aku, kat kengkawan aku semua macam "Jauh gilerrrrr" 😅 tapi sumpah aku tak kisah weyh. And aku tak rasa risau langsung. Even masatu aku dah target aku nak dapat Kedah or Kelantan, tapi mind set aku memang dah ke arah nak tempat yang jauh-jauh. Haaa faham tak? So bila dapat kat Terengganu, aku tak faham why dorang cakap jauh. Aku rasa Sabah Sarawak lagi jauh kot hahaha 😜

Barang angkut banyak gilerr sebab jangka 3 tahun dekat sana. Sekaliiii 3 minggu pun tak sampai HAHA. Yelah tiba tiba UPM call mak aku cakap aku dapat tawaran. Well, second intake pun second intake laaa. Tapi aku pelik jugak sebab masa first tawaran duluu UPM dah reject aku kot. Pastu aku nak buat rayuan tak boleh sebab dorang kata rayuan untuk orang yang tak dapat tawaran sahaja. Masa tu kan aku dah dapat offer dari UMT so memang tak boleh nak buat la. But then tak tahu macam mana boleh dapat jugak. Tu la yang orang kata rezeki kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu hihi. Bagai bulan jatuh ke riba, nak duit nak duit dapat sekali bunga *tiberr masuk lagu Altimet* 😆

Masa dapat UPM tu hati aku berbolak balik jugak sebab aku dah sayang dekat UMT weyh. Masa aku dapat dulu kan aku tak tahu what is POSESO. Haaa ya lupa nak mention, POSESO the one and only yang ade dekat Malaysia and dia cuma ada dekat UMT sahaja. So kalau kau cakap kau budak POSESO memang orang takyah tanya la kau lepasan dari mana. Masa minggu orientasi tu aku dah kenal dengan dak dak POSESO semua and dorang best nak mateyyyy weyhh. POSESO sendiri satu kos yang interesting! Tapi tu laa UPM pulak bagi tawaran. Dapat pulak kos Bahasa. Perhhhh kos yang aku memang minat sangat sangat! So aku macam ermm takpelah tak dapat kaunseling ke psikologi ke, yang penting aku dapat bahasa. Bahasa pun aku minat jugak. Dah la dekat giler ngan rumah aku haha. 10 minit dah sampaii. Tapi aku amik UPM bukan pasal dekat okey. Macam yang aku mention tadi memang aku mintak nak jauh. Tapi sebabkan kos bahasa tu sendiri, maka saya di sini 😘

Kos Bahasa Melayu dan Linguistik ni pulak amik masa 3 tahun setengah. Yang setengah tu LI. Huhu. So far Alhamdulillah boleh catch up. Kena kejar subjek yang terlepas 2 minggu tuu. Sebab masa masuk tu memang Prof takde buat segmen throwback, dia mengajar je tak pedulik kau budak baru ke hape. So dia memang ajar kau cara pandai pandai nak hidup la. Alhamdulillah, walaupun kena struggle tapi banyak manfaat yang kita boleh dapat. And yeahh, kawan dekat UPM pun best jugak. Cuma lately ni ade salah faham sikit. Errr susah jugak ek ada kawan yang tak matang ni. Tapi lantak kau laaaaa. Aku takde hati lagi nak buat musuh dekat sini. Kalau kau nak musuh dengan aku, go on. Nanti kau yang mati awal sebab stress hahahahaha 😊

Ok aku rasa macam dah banyak dah aku throwback. Sebenarnya banyak lagi benda aku tak share nie. But hold dulu la. Hold tu tak tahu bila nak lepas HAHA. Sebab nie pun dah makan bulan tak update. Last aku update sebelum aku exam penggal 3 STPM kot. KOT LAAA. Aku tak ingat la weyh haha. Nanti arr tunggu aku cuti lama lagi sekali, nanti aku update la pape yang patut. Eh ingat jadik student ni tak busy ehh? HAHAHAHAHA okay jangan kecam. Haa last, doakan la aku dapat bawak kos nie. Besar harapan mak ayah aku weyh. Aku tanak sia siakan peluang yang ada nie. Terima kasih semuaaa. Jumpa lagi di lain hari! Tataaa 💨💨 

Salam sayang untuk semua 💕