Saturday, December 1, 2018

Kepercayaan Bukan Benda yang Boleh Dijual Beli

Assalamualaikum ! :)

Haaa tu dia. Last update 1 Nov. Update lagi masa 1 Dec. So citerr dia sekarang ni nak update sebulan sekali ke cemana ? 👀 hahaha tak lah. Dia kalau nak update ni sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara which is mood, idea, environment and masa tu adalah sangat penting okey. Kalau salah satu niee takde, rasa macam nak update tapi nanti dulu la. Pastu lama-lama terus bersawang 😂 Mood tu dia saling berkait dengan idea. Tu yang tiba-tiba terhasil tajuk entry kemain panjang tu HAHA. Sebab mood tengah swing antara percaya dengan tak percaya. Masa lak sekarang nie sebab tengah cuti and balik rumah mama kejap. Esok dah balik UPM semula. Omg how time flies 😟

...

Wait. Tak tahu nak mula dari mana nie. Hmmm think think think 🙇

...

Korang, ade tak benda yang dalam hidup korang benda yang paling susah kau nak bagi dekat orang yang kau baru kenal ? Of course banyak benda kan. Your love, your pride, your secret, your trust. Semua tu bole je bagiii tapi take time kan ? Orang yang kita dah lama kenal pun macam bagi tak bagi je. Ni kan pulak orang yang baru kenal. Banyak benda weh kena pikir, should or shouldn't.

Masa aku baru mula-mula kenal orang, aku jarang nak judge orang. Kalau judge pun antara dua benda ni. Sama ada dia garang or sombong. Lain-lain negative thinking aku rasa takde la. Tapi aku takde la terus macam tanak kawan sebab dah fikir macam tu. Bagi peluang la. Kenal orang tu dulu macam mana. Kalau rasa tak boleh nak in, slowly blah. Stop. Tak payah nak buat perangai talam dua muka. Tak suka tapi acah-acah suka. Bukan nak berlagakkkk. Kalau berlagak, takde la kau bagi peluang nak kenal dia tu sejenis yang macam mana. Aku buat ceni pun sebab tanak sakit hati di kemudian hari 🙆

Tapiiiii dah berjaga-jaga pun, still melekat jugak sorang dua malaun yang kita nak elak tapi dapat 😪 lagi sakit kan kalau kita dah bagi dia peluang, pastu kita teruskan kawan dengan dia sebab kita percaya dia bukan antara ciri-ciri manusia yang kita nak elakkan, but the end rupanya dia sama je macam orangg lain. Padahal kita dah start rapat dengan dia kotttt 😭

Ni aku nak sentuh sikit pasal percaya dalam hubungan jarak jauh or long distance relationship (LDR). Allahu. Betapa susahnya nak elakkan diri ni dari syak wasangka, dari risau yang keterluan, dari fikir yang berlebihan. Susah la kalau dalam hubungan tak percaya dekat pasangan. Sebab jauh kan. Tak nampak apa dia buat depan mata, tak kenal sape kawan-kawan dia. Kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, kita terpaksa la macam haa okey. Buat lah, jaga diri baik-baik. Padahal dalam hati tu, ishh ye ke dia nak tidur ni. Ye ke dia kata dia nak teman mak dia ni. Ye ke dia kata nak lepak dengan kawan laki dia 😔

Bila dah banyak sangat fikir, pastu tanak serabut kita pun tanya dekat dia. Sound of YE KE tu macam annoying giler and tu yang buat gaduh. Sakitnya rasa time tu kan 💔 memang la rasa cemburu, risau tu semua tanda sayang. Tapi dia tak paham. Kalau la dia rasa apa kita rasa 😭 Kau tahu tak yang kepercayaan tu bukan satu benda yang boleh beli dekat pasar pagi mahu pun pasar malam ?! Why kau tak buat sesuatu untuk buat dia percaya dekat kau selain daripada nak bising-bising, nak kecoh-kecoh, nak marah-marah sebab dia tak paham kerja kau ? Kalau dia fikir bukan-bukan tu mesti ada sebab. Mesti ade benda yang kau buat and dia kecik hati. Tanya and talk to her. Jangan nak terus melenting sangat la beb. Bersyukur la sementara dia amik berat pasal kau. If one day dia lantak kan kau nak buat pape, then faham-faham la kat mana letak kau kat hati diaa. Jangan masa tu kau baru nak rindu dia punya bising, dia punya bebel pulak tau 😊

Macam mana susahnya nak bagi kepercayaan dekat seseorang, macam tu jugak la susahnya nak sembuhkan hati yang terluka. Flow dia macam nie eh. Korang jauh. Lepastu dia tanya tu sebab dia risaukan kau tapiiii tak pasal plak kena marahhh. Padahal kau tak pernahh buat pape yang boleh meyakinkan dia. Yang kau tahuu, marah marah marah ! 😏 cuba la kau bayang orang yang selama ni care pasal kau, tanya pasal kerja kau, tanya pasal kesihatan kau, tanya bila nampak kau badmood, pujuk kau walaupun hati dia banyak giler terluka dengan kau tiba-tiba dah tak buat semua tu. Adakah kau akan rasa lega atau rasa kehilangan ? Think. Sebab aku perempuan. So aku tahu bila perempuan tu sayang gile macam mana perangai dia. And masa dia dah tawar hati perangai dia macam mana.

Tak minta banyak pun nak suruh jaga hati ke apa, tapi kalau marah tu kawal la. Jangan nak terus melenting. Okey faham kau stress dengan kerja kau. Abis aku ni tak stress ke ? Aku pun ada stress aku jugak. Tapi ade ke aku lepas dekat kau ? Ade aku fikir pasal kau lagi ade la, padahal banyak lagi kot benda yang aku boleh buat 😂 tapi sebab aku sayang aku abaikan benda tu. At last aku pulak kena marah HAHAHAHA indahnya perasaan ini. Apa la guna hidup berpasangan kalau masing-masing buat kerja sendiri, tak boleh nak amik tahu pasal partner dia. Hmmm. Serupa hidup sorang kann 😄

Haaa ni aku update ni bukan pasal aku gaduh ngan balak aku ke apa tau. Otak tu jangan nak pikir jauh sangat hahaha. Saje je nak borak ngan uolls. Setakat ni aku percaya lagi la dekat dia. Tapi tak leh nak tipu jugak. Kengkadang tu aku fikir gak benda bukan-bukan. Tapi bila fikir dia selalu update dia buat apa, bila dah habis kerja spent time sama-sama, dp dia pun guna gambar aku, selalu update status pasal kejujuran dan kepercayaan dalam hubungan, bio ws pun combination birthday kiteorang, dia pun kadang-kadang cemburu bila call tetiba fon vibrate (kira dia sayang aku la tu 😝), pernah mintak nak share password FB, pernah discuss nk guna benda yang kita bole tahu chat dengan sape walaupun aku takde kat sebelah diaa, haaa tu yang buat aku lega. Buat aku buang balik benda yang bukan-bukan tu. So this is how yang aku cakap kena yakinkan pasangan kau. Kepercayaan tu tak mudah ehh nak bagi. Kena buat macam-macam baru leh dapat, tu pun bukan 100%. So kalau betul kau sayang, buktikan pada dia yang kau memang boleh dipercayai! Tapi bila dah dapat kepercayaan tu, jangan senang-senang pulak nak musnahkan. Susah kot nak dapat, bila dah dapat please hargai okey 🙏

"Trusting you is my decision, proving me right is your choice"

Salam 1 Dec. Manfaatkan bulan terakhir 2018 ni dengan baik. Sebab bila dah habis nanti, takde yang boleh ganti dah kenangan untuk tahun ni. 

Salam sayang untuk semua 💕

No comments:

Post a Comment